Pengumuman
Kalendar Penyelenggaraan
Untuk mengoptimumkan perkhidmatan kami dan memastikan pengalaman dagangan anda lancar, ZFX melakukan penyelenggaraan rutin pada produknya setiap minggu.
Semasa tempoh penyelenggaraan, perkhidmatan yang dinyatakan dalam jadual di bawah mungkin terganggu atau di luar talian buat sementara waktu (sehingga 15 minit), dan beberapa ciri mungkin tidak tersedia.
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, sila jangan teragak-agak untuk menghubungi kami.
29/07/2023 | 30/07/2023 | ||||
MT4 Live01, Live02 dan Demo | 07:00 UTC – 07:30 UTC | 13:30 UTC – 19:30 UTC | |||
MyZFX | 13:30 UTC – 19:30 UTC | ||||
ZFX.com | |||||
Aplikasi Mudah Alih ZFX | 13:30 UTC – 19:30 UTC | ||||
Zeal Rewards | |||||
Portal IB |
BAHARU Notis Keluar dari Malaysia
Pelanggan yang dihormati,
Kami ingin memaklumkan status penting operasi syarikat yang akan memberi kesan kepada pelanggan di Malaysia. Zeal Group telah membuat keputusan yang sangat sukar untuk keluar dari pasaran Malaysia dan berikut ialah prosedur serta langkah-langkah penting yang perlu anda lakukan:
Pengguna Sedia Ada:
Menjelang 31 Disember, 2023 pada 23:59:59 (masa pelayan) pelanggan Malaysia yang sedia ada tidak lagi boleh membuat sebarang deposit baharu atau berdagang untuk semua produk. Pelanggan harus mengambil langkah untuk menghentikan dan mengurus dagangan anda. Dalam erti kata lain, semua perkhidmatan (deposit, pengeluaran, perdagangan dan lain-lain) akan kekal seperti biasa sehingga 31 Disember 2023. Selain itu, sebarang posisi yang masih terbuka akan ditutup dan dana daripada yang ditutup tersebut akan tersedia untuk pengeluaran.
Pengguna Baharu:
Mulai 8 September 2023, kami tidak akan menerima pendaftaran pelanggan baharu dari Malaysia. Ini termasuk penduduk Malaysia dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam negara.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan dan kesetiaan anda. Sokongan anda telah memainkan peranan penting dalam kejayaan kami dan kami tetap berdedikasi untuk memenuhi keperluan dagangan anda dengan profesionalisme dan integriti sepenuhnya sehingga garis masa yang disebutkan di atas. Kami masih meneruskan operasi di negara-negara lain dan akan terus berkembang. Terima kasih sekali lagi kerana memilih kami sebagai rakan kongsi dagangan anda. Kami komited untuk membuat peralihan ini semudah mungkin.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang perubahan ini, anda boleh merujuk kepada bahagian Soalan Lazim kami di bawah.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan mengenai perubahan ini, pasukan sokongan kami sedia membantu anda. Sila hubungi kami melalui e-mel di cs-my@zfx.com atau melalui saluran live chat kami.
Salam Mesra,
ZFX / Zeal Capital Market
Soalan Lazim
Disebabkan dasar dalaman kami yang sedia ada, kami tidak dapat melanjutkan perkhidmatan kami kepadapelanggan dari Malaysia pada masa ini. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.
Kami amat hargai setiap pelanggan kami, dan sekiranya keadaan berubah pada masa hadapan, kami pasti akan menyemak semula kemungkinan menawarkan perkhidmatan kami kepada pelanggan di Malaysia.
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan kami melalui e-mel di cs-my@zfx.com atau melalui saluran live chat kami. Kepuasan anda tetap menjadi keutamaan kami, dan kami menghargai pertimbangan anda dalam perkara ini.
Sebagai sebahagian daripada proses peralihan ini, kami dukacita untuk memaklumkan anda bahawa akaun dagangan anda akan ditutup. Anda boleh meneruskan dagangan sehingga akhir 31 Disember 2023. Walau bagaimanapun, kami mohon agar anda mengambil langkah yang perlu untuk menutup semua posisi dagangan anda sebelum 31 Disember 2023.
Sebarang baki dana dalam akaun anda akan memerlukan permintaan penyerahan pengeluaran anda melalui proses pengeluaran standard melalui MyZFX. Pemahaman dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau mempunyai soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami.
Anda akan dikehendaki mengemukakan permintaan pengeluaran melalui proses standard melalui MyZFX. Jika anda mempunyai soalan, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan kami melalui e-mel di cs-my@zfx.com atau melalui saluran live chat kami.
Ya, anda boleh mengeluarkan dana anda sebelum penutupan akaun. Kami menggalakkan anda berbuat demikian untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Sudah pasti. Kami mengambil serius tentang keselamatan data. Maklumat peribadi anda akan dikendalikan mengikut dasar privasi kami.
Anda mempunyai pilihan untuk meneruskan dagangan sehingga 31 Disember 2023. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menutup semua posisi dagangan anda dan memulakan pengeluaran baki dana anda sebelum 31 Disember 2023.
Pendekatan proaktif ini akan membantu memudahkan peralihan yang lancar dan tepat pada masanya. Sekiranya anda memerlukan sebarang soalan, sila berhubung terus dengan pasukan sokongan pelanggan kami melalui e-mel di cs-my@zfx.com atau melalui saluran live chat kami. Kepuasan dan pengalaman lancar anda adalah amat penting bagi kami.
Malangnya, pada masa ini, kami tidak dapat memindahkan akaun anda ke negara lain. Tumpuan strategik semasa kami ditujukan kepada keutamaan dan objektif alternatif.
Kami menasihatkan agar anda mempertimbangkan untuk menutup menutup semua posisi dagangan anda sebelum 31 Disember 2023 untuk memudahkan peralihan yang lancar.
Harap maklum bahawa sebarang dagangan yang terbuka pada masa penutupan akan dipaksa tutup serta merta pada tarikh yang ditetapkan.
Sudah tentu, kami akan memaklumkan anda berkenaan proses penutupan akaun ini melalui pengumuman di laman rasmi ZFX dan e-mel.
Kami komited untuk memastikan ketelusan dan memberikan anda maklumat yang diperlukan sepanjang tempoh peralihan ini dengan lancar. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan kami. Kemudahan dan kesenangan anda adalah amat penting bagi kami.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan kami melalui e-mel di cs-my@zfx.com atau melalui saluran live chat kami.
Anda boleh meneruskan dagangan sehingga 31 Disember 2023. Walau bagaimanapun, kami mohon agar anda mengambil langkah yang perlu untuk menutup semua posisi dagangan terbuka anda pada atau sebelum 31 Disember 2023.
Sebarang baki dana dalam akaun anda akan memerlukan permintaan penyerahan pengeluaran anda melalui proses pengeluaran standard melalui MyZFX