Perubahan Keperluan Margin untuk Produk Dagangan Gas Asli (NG) pada Hujung Minggu dan/atau Cuti Umum - ZFX

Pengumuman

Perubahan Keperluan Margin untuk Produk Dagangan Gas Asli (NG) pada Hujung Minggu dan/atau Cuti Umum

Harap maklum bahawa perubahan dalam keperluan margin untuk produk dagangan berikut akan berkuatkuasa mulai 11 November 2022 jam 3.00 pagi (waktu Malaysia).

Peningkatan margin akan berkuatkuasa setiap hari Jumaat dan/atau pada hari dagangan terakhir sebelum cuti umum, pada jam 3.00 pagi (waktu Malaysia).

Tahap keperluan margin dijangka kemabli normal 1 jam selepas memasuki sesi dagangan baharu. Walaubagaimanapun, sekiranya keadaan pasaran yang melampau, keperluan margin khas boleh dilanjutkan.

Sila pastikan anda mempunyai dana yang mencukupi dalam akaun dagangan anda untuk memenuhi keperluan margin untuk mengekalkan mana-mana posisi terbuka anda.

 

Simbol

NG

NGmin

Margin Permulaan dan Penyelanggaraan
(Hari Dagangan)

Nilai Kontrak x 2%

Nilai Kontrak x 2%

Margin Permulaan dan Penyelenggaraan
(Hujung Minggu dan Cuti Umum)

Nilai Kontrak x 4%

Nilai Kontrak x 4%

ZFX / Zeal Capital Market